FIRE EXTINGUISHER CABINET
Kabinet khas untuk menyimpan alat pemadam api supaya terlindung daripada kerosakan dan mudah dikenal pasti semasa kecemasan.
HOSE REEL CABINET
Kabinet yang menempatkan hose reel, valve dan nozzle untuk kegunaan pemadaman awal kebakaran. Ia biasanya dipasang di koridor atau kawasan mudah diakses supaya penghuni boleh bertindak sebelum bomba tiba.
BREECHING INLET CABINET
Kabinet khas yang menempatkan breeching inlet, iaitu sambungan paip luar bangunan yang digunakan oleh pihak bomba untuk mengepam air ke dalam sistem paip kebakaran bangunan seperti dry riser atau wet riser.
HYDRANT CABINET
Kabinet yang menempatkan peralatan hydrant seperti hos, nozzle dan hydrant key. Ia boleh dipasang di luar bangunan (pillar hydrant) atau di dalam bangunan untuk kegunaan kecemasan.